Makan gaji atau berniaga? Ini fakta yang perlu anda tahu

Makan gaji atau berniaga? Ini fakta yang perlu anda tahu

Kenaikan kos sara hidup menjadikan kita ‘lemas dan tercungap’ dalam mengatur keperluan peribadi atau keluarga.

Ini meletakkan kita dalam dilema sama ada mahu kekal makan gaji dengan pendapatan tidak cukup atau berniaga yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Dalam hal ini, ada beberapa fakta yang perlu kita tahu:

1. Lebih separuh rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji dan kekal dengan cara ini hingga kini.

2. Hampir semua rakyat Malaysia mengidam meraih pendapatan tinggi; satu daripadanya dengan cara berniaga.

3. Pendapatan dengan makan gaji lebih selamat, tetap dan terjamin (walaupun mungkin tidak cukup).

4. Pendapatan dengan berniaga mampu menjanjikan perolehan pendapatan tinggi, tetapi tidak terjamin kekal dan selamat selamanya.

5. Ramai rakyat Malaysia kini kekal makan gaji tetapi pada masa sama sukses berniaga, malah meraih pendapatan tinggi daripadanya.

6. Ramai sudah berjaya meraih pendapatan tinggi daripada berniaga kerana mereka melakukannya dengan cara betul.

7. Gabungan dua pendapatan – makan gaji dan berniaga – mampu menjanjikan pendapatan tinggi dan lebih selamat.

8. Tidak semua orang mampu dan sukses kekal makan gaji dan berniaga serentak kerana faktor kekangan masa, komitmen kerja dan keluarga.

9. Sebenarnya wujud kaedah terbaik bagaimana untuk kekal makan gaji, tetapi pada masa sama menjalankan perniagaan untuk meraih pendapatan tinggi.

Dalam tulisan-tulisan seterusnya, anda akan dipandu untuk kekal sukses makan gaji dan berniaga serentak.

Banyak lagi fakta berkaitan akan didedahkan di dalam tulisan-tulisan seterusnya.

Untuk tidak ketinggalan mengikuti panduan dan motivasi seterusnya, sila langgan artikel percuma di sini. – inimajalah.com

Nota: