Panduan perniagaan: Berhenti makan gaji? Pertimbangkan fakta berikut

Anda mencari panduan perniagaan? Anda juga mungkin bercadang berhenti makan gaji untuk memulakan perniagaan sendiri. Nanti dulu! Pertimbangkan fakta-fakta berikut ini.

Keinginan berhenti makan gaji mungkin sahaja sentiasa meluap-luap. Harapan mendapat keberhasilan tinggi dan lumayan jika berniaga seolah-olah sudah terpampang di depan mata dan anda kini tidak tertahan-tahan untuk memulakannya.

Namun, berhati-hatilah! Kita tidak tahu bila kita akan tidak ada pendapatan.

Jangan tertipu dengan ilusi. Imej air yang anda nampak di tengah gurun mungkin sebenarnya percikan panas membara.

Namun jangan salah faham. Saya tidak bertujuan memberitahu anda supaya jangan berniaga. Bukan itu tujuan artikel ini.

Tujuan artikel ini ialah supaya anda kekal makan gaji tetapi pada masa sama menjalankan perniagaan – serentak!

Anda cara-cara yang lebih bijak untuk makan gaji dan berniaga serentak.

Berikut ialah senarai kemungkinan yang anda akan kehilangan jika berhenti makan gaji dan menceburi perniagaan sepenuh masa.

Pertimbangkan semua fakta ini sebelum anda membuat keputusan berhenti makan gaji!

1. Anda mungkin kehilangan pendapatan tetap dan selamat yang menjamin keselelesaan dan kesejahteraan peribadi serta keluarga.

2. Anda mungkin kehilangan peluang menikmati pencen atau pendapatan caruman pekerja pada hari tua.

3. Anda mungkin tidak mudah mendapat pembiayaan pinjaman atau pelbagai bentuk kemudahan kredit lain seperti untuk membeli rumah, kereta dan peralatan rumah.

4. Anda mungkin tidak berpeluang menikmati kemudahan perubatan di klinik panel dan rawatan di hospital yang dibiayai sepenuhnya oleh majikan serta perlindungan insurans.

5. Anda mungkin tidak berpeluang mendapat bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya.

6. Anda mungkin tidak berpeluang mengikuti kursus di luar negara atau bandar pelancongan atas pembiayaan sepenuhnya oleh majikan.

7. Anda mungkin tidak lagi dapat menikmati cuti tahunan berbayar, termasuk cuti sakit, cuti bersalin dan sebagainya.

Banyak lagi kemungkinan lain yang anda akan terlepas jika berhenti makan gaji.

Dalam artikel-artikel seterusnya, anda akan dibimbing bagaimana cara yang lebih bijak untuk kekal makan gaji bagi menjamin pendapatan tetap dan selamat, tetapi pada masa sama, menjalankan perniagaan untuk meraih pendapatan tinggi.

Sila masukkan emailkan anda di sini kerana anda akan diberitahu menerusi email setiap kali ada artikel baharu. – inimajalah.com

Nota: