Logitech Melancarkan Aksesori Peranti Mudah Alih Terbaru

Aksesori Logitech
Ultrathin Keyboard Folio (iPad Mini)RM299
Folio Protective Case (iPad Mini)RM159
Z50 Multimedia SpeakerRM69
Z600 Bluetooth SpeakerRM599

Setiap hari makin banyak peranti mudah alih diperkenalkan. Evolusi peranti menyaksikan makin banyak aksesori dicipta untuk kelengkapan peranti mudah alih. Terkini, Logitech Malaysia telah mengumumkan beberapa produk khusus untuk iPad Mini dan juga pembesar suara yang menggunakan sokongan Bluetooth, sesuai untuk peranti yang menyokongnya.

Sebanyak empat aksesori diperkenalkan hari ini dan dua daripadanya khusus untuk iPad Mini iaitu Ultrathin Keyboard Folio dan Folio Protective Case. Pembesar suara yang diperkenalkan pula adalah Z50 Multimedia Speaker dan Z600 Bluetooth Speaker.

Logitech Melancarkan Aksesori Peranti Mudah Alih Terbaru

Ultrathin Keyboard Folio merupakan casing untuk iPad Mini dan disertakan dengan papan kekunci. Integrasi dengan iPad Mini melalui sokongan Bluetooth, ia dikatakan mampu beroperasi selama 2 jam sekiranya digunakan secara terus menerus dan mempunyai mod standby  selama tiga bulan dengan pengecasan penuh. Melalui ujian ringkas, papan kekuncinya agak responsif dan sedap ditekan, cuma butang A dilihat sedikit janggal kerana saiznya. Kemasan luarnya dikatakan kalis air dan tahan hentakan serta calar.

Logitech Melancarkan Aksesori Peranti Mudah Alih Terbaru

Folio Protective Case pula merupakan casing tahan lasak dan mempunyai kemasan premium. Seperti Ultrathin Keyboard Folio, kemasan luarnya turut kalis air dan tahan hentakan serta calar. Juga terdapat mod stand untuk meletakkan iPad pada paparan yang sesuai seakan-akan laptop.

Logitech Melancarkan Aksesori Peranti Mudah Alih Terbaru

Z50 Multimedia Speaker merupakan pembesar suara mampu milik dan mempunyai rekaan yang unik. ia didatangkan dalam tiga pilihan warna dan mempunyai kesan bunyi yang baik. Menggunakan jack biasa iaitu 3.5mm, ia senang dibawa kemana-mana akan tetapi untuk menggunakannya, pengguna perlu mempunyai palam kuasa untuk membolehkannya beroperasi.

Logitech Melancarkan Aksesori Peranti Mudah Alih Terbaru

Z600 Bluetooth Speaker merupakan pembesar suara premium dengan sokongan Bluetooth. Kemasannya tampak elegan bersesuaian dengan harga dan kelasnya. Salah satu fungsi menarik dimana pengguna boleh mengubah kekuatan suara dengan sentuhan diatas pembesar suara tersebut. Ia boleh disambungkan dengan tiga peranti pada satu masa dan untuk menukar bunyi diantara peranti semudah menekan pause pada satu peranti, dan play pada peranti lain. Selain dari sokongan Bluetooth, sokongan penyambungan melalui USB dan jack normal turut hadir.

Kebanyakkan aksesori daripada Logitech ini didatangkan dengan jaminan terhad selama 2 tahun, dan bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar Logitech di Malaysia.

Nota: