Liquid Memenangi The International 7 – Membawa Pulang RM 46 Juta

Acara tahunan The International yang menyaksikan pertarungan diantara pasukan-pasukan Dota 2 yang terhandal telahpun bermula pada minggu lalu. Selepas seminggu mereka berentap, akhirnya pasukan Liquid telah menjuarai kejohanan ini.

Pada pertandingan akhir, pasukan Liquid telah bertarung dengan pasukan Newbee dan memenangi 3-0 sebelum memperoleh tempat pertama. Pasukan ini yang kebanyakannya dari Eropah telah memulakan pertandingan didalam ‘Lower Bracket’, seterusnya menaiki ke tahap yang lebih tinggi sebelum mencapai pertandigan akhir.

Liquid akan membawa pulang hadiah juara iaitu $10,806,301 Juta ( ~ RM 46 Juta ) dan ini merupakan nilai yang tertinggi bagi kejohanan E-Sukan sehingga sekarang.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: