LG Menjadualkan Acara Pada Mobile World Congress – LG G5 Akan Hadir?

LG merupakan salah satu pesaing terdekat untuk Samsung. Produk LG sering kali mengambil masa yang lama untuk memasuki pasaran Malaysia, namun, pada peringkat global, ia mempunyai antara peminatnya tersendiri.

Terkini, untuk produk baru mereka, LG dijangka akan memperkenalkannya pada Mobile World Congress 2016 kelak. LG menjadi syarikat pengeluar peranti mudah-alih yang terawal mengeluarkan jemputan kepada media.

Melalui jemputan yang dihantar LG, ia memperlihatkan mereka akan memperkenalkan sebuah produk baru pada 21 Februari 2016 kelak.

LG MWC 2016

LG menggunakan tema “Play begins” sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi. Mungkinkah kita akan melihat produk memfokuskan muzik atau penstriman daripada LG diperkenalkan pada acara berkenaan, ataupun mungkin sebuah telefon pintar dengan fokus terhadap stereo?

Pada masa yang sama, pelbagai spekulasi juga turut membawa kepada LG G5 – iaitu telefon pintar flagship daripada LG yang dijangka menyaingi pihak Samsung.

Nota: