LG Hadir Dengan Telefon Pintar FirefoxOS Pertama – LG Fireweb

Pihak Alcatel dan juga ZTE sedia memperkenalkan telefon pintar berasaskan kepada FirefoxOS mereka, dan kini pihak LG turut sama menyertai keluarga FirefoxOS dengan pengenalan telefon pintar LG Fireweb.

LG Hadir Dengan Telefon Pintar FirefoxOS Pertama – LG Fireweb

LG Fireweb membawakan cip pemprosesan 1GHz Qualcomm, dan juga skrin bersaiz 4-inci. Ia dikatakan LG Fireweb merupakan telefon pintar FirefoxOS pertama yang menyokong LED Flash dan juga autofokus pada kamera 5-megapixel di belakang.

Selain itu, pelbagai aplikasi sedia menyokong FirefoxOS, termasuk HERE Maps dan juga permainan Cut The Rope.

Buat masa ini, peranti FirefoxOS hanya disasarkan untuk beberapa buah negara sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada pengeluar peranti FirefoxOS ini akan menawarkan telefon mereka di pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.

Nota: