LG G6+ Kini Rasmi Dengan Memori 6GB RAM

LG hari ini telah memperkenalkan sedikit kemaskini pada telefon pintar LG G6 mereka dengan pengenalan LG G6+ (disebut LG G6 Plus). Ia mengekalkan spesifikasi yang lebih kurang sama termasuk saiz skrin dan juga cip pemprosesan, tetapi menawarkan sedikit perubahan pada memori dan storan.

LG G6+ hadir dengan memori sehingga 6GB RAM, selain dilengkapi storan 128GB. Peranti ini juga mengekalkan penggunaan dwi-kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.

LG G6+ ini dilihat menyertakan pelbagai ciri-ciri yang ditawarkan melalui LG G6 mengikut pilihan rantau. Sebagai contoh, fungsi audio HiFi DAC yang hanya khusus pada rantau Asia sebelum ini disertakan pada LG G6+ ini, termasuk sokongan pengecasan tanpa-wayar yang khusus untuk rantau Amerika Utara sebelum ini.

Bersama-sama pengenalan ini juga, LG mengumumkan kemaskini perisian untuk LG G6 yang menawarkan beberapa ciri baru termasuk Face Unlock dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang peminat tegar LG dan ingin menukar peranti dari LG G6 kepada ini, mungkin boleh menangguhkan hasrat anda, dan nantikan LG V30 yang dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi. LG akan mula menawarkan LG G6+ ini bermula daripada Korea Selatan, dan dibeberapa buah negara terpilih dalam bulan-bulan akan datang.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: