Lenovo Yoga 3 Pro Baharu

Barisan peranti Yoga Pro merupakan satu covertable laptop keluaran Lenovo yang ikonik yang rekabentuknya telah menjadi satu standard dan ikutan banyak pengeluar laptop yang lain.

Lenovo Yoga 3 Pro

Walaupun edisi terbarunya, Lenovo Yoga 3 Pro baharu tidak dipamerkan di acara IFA 2014 baru-baru ini terdapat khabar mengatakan ia telah disenaraikan dalam senarai produk pengedar di Skandinavia.

Lenovo Yoga 3 Pro

Lenovo Yoga 3 Pro Baharu

MobileGeeks telah mendedahkan bahawa terdapat pengedar di Skandinavia yang telahpun menyenaraikan convertable laptop terbaru Lenovo Yoga 3 Pro dalam inventori mereka. Laptop ini akan didatangkan dengan SoC (System on Chip) Intel Core M-5Y70 yang merupakan pemproses terpantas di kalangan cip Broadwell keluaran Intel.

Cip ini beroperasi pada kelajuan 1.1GHz, namun boleh mempertingkatkan kelajuannya kepada 2.6GHz dengan Turbo Boost. Ia dilengkapi dengan 4MB cache, dua core dan 4 thread serta didatangkan dengan grafik Intel HD 5300 (beroperasi pada 100Mhz dan boleh di”overclock” sehingga 850Mhz).

Memandangkan ia antara pemproses pertama yang dibangunkan menggunakan teknologi die 14nanometer, ia hanya menggunakan 4.5W tenaga, iaitu hanya satu pecahan kecil tenaga berbanding tenaga yang digunakan pemproses Haswell Core i7-4510U. Ia juga dilengkapi skrin 13.3-inci qHD+ seperti model sebelumnya, tetapi kali ini, ia mempunyai resolusi 3200 x 1800 piksel.

Dengan berat di bawah 1.4kg ia merupakan laptop paling ringan di dalam kelasnya. Ia akan bersaing rapat dengan laptop seperti Asus’ new Zenbook, Dell’s XPS 13 dan barisan laptop Portege  keluaran Toshiba.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila ia akan memasuki pasaran Malaysia.

The post Lenovo Yoga 3 Pro Baharu appeared first on TechKini.com.

Nota: