inimajalah, dherba, herba

Lelaki Ini Kongsi 13 Tip Bagaimana Merancang Bajet Majlis Perkahwinan

Nota Editor: Encik Fadli menulis tip bajet majlis perkahwinan ini pada bulan 12 yang lalu. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi penulisan ini dengan The Vocket. Semoga ia membantu anda-anda yang sedang merancang perkahwinan.

BACA: Rancang Perkahwinan Dengan Aplikasi MyKawin

Bajet Kahwin

Wahhh cuti sekolah ni mesti banyak event orang kahwin. Just nak kongsi tip pada yang bakal berkahwin sempena terbaca cara nak jimat petang tadi dan kebetulan ada kawan minta pendapat.

bajet-kahwin
Penulis, Encik Fadli semasa majlis perkahwinan beliau.

Sharing aku pun mengikut pengalaman sendiri dan cedok kisah-kisah orang sekeliling:

Aku nak highlight satu je benda paling asas kena buat sebelum kahwin iaitu bajet. Caranya:

lazada

1. Buatlah bajet yang lengkap.

Buat dalam Microsoft Excel paling senang, sebab boleh set formula.

bajet-kahwin
Ihsan Encik Fadli

Lagi detail bajet lagi bagus dari benda sebesar-besar i.e kenduri, jurugambar, barang hantaran, pelamin dsb sampailah sekecil-kecil benda macam duit mas kahwin yang wajib tu, kos mak andam, kos gubahan, upah jurunikah dan lain-lain.

2. Daripada bajet yang detail tu, automatik akan generate checklist untuk pembelian barang-barang keperluan kahwin nanti.

3. Pastikan asing bajet untuk belah lelaki dan perempuan supaya masing-masing sedar diri dan tahu keupayaan poket masing-masing.

4. Sebelum tidur malam work out lah untuk anggarkan kos masing-masing dan isikan kos setiap item dalam column "Budgeted" atau "Estimated".

5. Kongsi bajet yang ditulis bersama pasangan dan terus terang kemampuan diri.

bajet-kahwin
Ihsan Encik Fadli

Paling penting capai kata sepakat jangan masing-masing tak ada komunikasi. Dari sinilah nak belajar tolak ansur.

6. Yang paling penting sepadankan duit dalam poket dengan bajet.

Jangan bajet kahwin ala-ala kayangan dalam rancangan Nona tapi duit sebenar dalam poket ada RM10,000.00 sahaja. Itu yang nanti menyanyi lagu "Pelamin Anganku Musnah".

7. Jadikan bajet itu sebagai tangkal azimat dalam menuju persiapan kahwin.

bajet-kahwin
Ihsan Encik Fadli

Pegang ketat-ketat dan patuh bajet itu dalam memilih barang-barang persiapan.

8. Setiap benda yang telah dibeli atau ditempah tulis perbelanjaan sebenar dalam column "Actual".

9. Lagi rendah 'actual' daripada 'budget' lagi bagus (contoh, bajet beli jam RM700, tapi beli sebenar RM550.00).

Penjimatan tadi itulah yang akan digunakan untuk menampung item-item lain yang kos sebenarnya melebihi kos bajet (contoh, bajet cincin nikah RM900.00 tapi kos sebenar RM1200.00).

10. Bincang dengan pasangan perempuan kalau si lelaki tu dah nampak akan kering selepas majlis.

bajet-kahwin
Ihsan Encik Fadli

Contoh, dengan bertanya agak-agak duit hantaran boleh tak pakai sikit untuk belanja selepas kahwin seperti beli peti sejuk atau TV.

Nak lagi extreme, buat macam kak Anis Hafiza jadikan duit hantaran sebagai deposit untuk beli rumah.

11. Cuba fikir panjang masa memilih barang sama ada boleh pilih alternative yang lagi menjimatkan atau tak.

Terutamanya barang-barang branded. Jangan nak fikir sangat apa orang kata. Bukan diorang bayarkan pun.

12. Tak payah nak belanja teruk-teruk sangat.

Tak payah buat 2-3 custom album gambar kahwin crystal bagai yang kos beribu-ribu, akhirnya terperuk dalam stor je.

Ataupun kad kahwin ditempah di Bandung yang akhirnya dibuang juga.

Apatah lagi pelamin kahwin tersergam indah demi kepuasan diri untuk menagih pujian hadirin.

Bagi aku yang paling penting makanan, walaupun simple tapi sedap – itu yang akan dikenang dan menjadi sebutan.

13. Paling penting bak kata QS letak sikit bajet contingency kalau-kalau ada kecemasan atau item miscellaneous yang tak diduga.

Pokoknya kalau berkemampuan go on je, tapi kalau acah-acah mampu tu, insaflah. Sebab aku dah kahwin,maka mampu nasihatkan je pada teman dan taulan ceritakan pengalaman.

Nak cerita panjang orang tak rajin baca lak so aku tempek sikit contoh bajet aku pernah buat dulu. Nak detail tak muat lak, so harapnya ada la sikit idea korang nak buat nanti. Pandai-pandailah buat gaya bajet macam mana sekali pun janji faham.

Ini link kalau nak download softcopy: Scribd

Kalau nak tambah point lagi silalah.

Semoga bermanfaat.

BACA: 15 Rekaan Mini Pelamin Pada Harga Bajet Untuk Bakal Pengantin Baru

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram