Lebih 4.2 Juta PlayStation 4 Telah Terjual Sehingga Penghujung 2013 Lepas

Sony telah memperkenalkan konsol permainan mereka pada penghujung tahun lepas, dan turut telah mula menjual Sony PlayStation 4 di Malaysia bermula 20 Disember yang lepas.

PlayStation 4

PlayStation 4 membawakan pelbagai perubahan, termasuk dari segi spesifikasi, sokongan permainan, dan rekabentuk konsol tersebut sendiri.

Mengambil pentas utama di CES 2014 hari ini, pihak Sony berkongsi angka statistik semasa untuk jualan PlayStation 4, dimana menurut mereka sebanyak lebih 4.2 juta PlayStation 4 telah terual sehingga penghujung tahun lepas.

Mungkin Hari Natal memainkan salah satu peranan penting untuknya, dan tidak mustahil untuk angka jualan PlayStation 4 terus meningkat dengan drastik pada tahun ini.

Nota: