Lapan Universiti Ini Mempunyai Kelab E-Sukan – Adakah Universiti Anda Tersenarai?

Semalam kami menulis tentang sebuah sekolah yang menawarkan mata pelajar e-sukan kepada pelajar mereka. Ramai pembaca yang nampaknya sedikit iri hati dan mahukan mata pelajaran DotA 2 dan CS:GO turut diajar di negara kita. Mata pelajaran e-sukan mungkin masih belum memasuki kurikulum sekolah negara tetapi di beberapa universiti kelab e-sukan sudahpun wujud. Kesemua kelab e-sukan di institut pengajian tinggi ini mempunyai hubungan rasmi dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia yang turut dikenali sebagai eSports Malaysia.

kela-e-sukan-kolej-1

Dengan adanya hubungan secara rasmi, pelajar boleh menyertai pertandingan e-sukan yang dianjurkan oleh mereka. Senarai universiti dengan kelab e-sukan mereka sendiri adalah seperti di bawah. Hanya lapan universiti berdaftar dengan eSports Malaysia setakat ini. Dari pengalaman di kolej dahulu, kelab permainan komputer selalunya tidak diiktiraf pihak kolej kerana dikatakan tidak berfaedah. Pernah sekali kami sendiri cuba meminjam dewan kolej untuk pertandingan CS dan Ragnarok tetapi ditolak.Oleh sebab itu pertandingan terpaksa diadakan di medan makan terbuka. Kami gembira melihat perkembangan positif oleh pihak universiti yang nampaknya kini mengiktiraf kelab e-sukan di kolej mereka. Permainan komputer bukan lagi aktiviti anti sosial sebaliknya memupuk kepakaran bekerjasama secara berkumpulan. Adakah kolej anda ada di dalam senarai ini?

  1. UNIRAZAK – UNIRAZAK Esports Club
  2. Swinburne Kuching – Swinburne Esports Club
  3. UNIKL KL Branch – UNIKL Esports Club
  4. TARUC – TARUC Interactive Gaming Society
  5. IIUM – IIUM Esports Club
  6.  UNITEN – UNITEN Esports Club
    Pending Approval
  7. UITM Shah Alam (kampus-kampus lain bakal menyusul)
  8. Universiti Putra Malaysia

Nota: