Lagi Video HTC Sense 6.0 Hadir – Memperlihatkan HTC Zoe Dan Antaramuka Kamera

Semalam kita sedia melihat salah satu video yang berkongsi beberapa fungsi baru pada HTC Sense 6.0 seperti dwi-tap dan beberapa fungsi gesture baru. Hari ini, satu lagi video baru hadir memperlihatkan beberapa fungsi lain.

Antara yang menjadi perhatian adalah sokongan HTC Zoe yang dilihat diberikan nafas baru untuk memudahkan pengguna membuat Video Highlights serta membolehkan pengguna memilih pelbagai jenis kandungan video dan gambar dengan mudah.

Disamping itu, antaramuka kamera HTC baru juga turut diperlihatkan secara ringkas. HTC Sense 6.0 juga turut memperlihatkan penggunaan rekaan warna mendatar yang popular akhir-akhir ini pada antaramukanya, disamping sokongan bar atas yang berubah mengikut warna sesuatu aplikasi.

HTC dijangka mengumumkan Sense 6.0 bersama-sama HTC One 2014 pada 25 Mac ini.

Nota: