Klien CyanogenMod Diperkenalkan Kepada Umum – Memudahkan Pemasangan Untuk Semua Pengguna

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna biasa memasang ROM CyanogenMod pada peranti mereka, hari ini, pembangun CyanogenMod memperkenalkan klien khas mereka untuk Windows.

Ditawarkan secara percuma, pengguna perlu terlebih dahulu memasang aplikasi CyanogenMod Installer daripada Google Play pada peranti mereka.

Selepas memasangnya, pengguna boleh menghubungkan peranti mereka ke komputer, dan proses pemasangan CyanogenMod akan dilakukan secara automatik melaluinya.

Buat masa ini, sokongan peranti untuknya masih terhad, dimana antara peranti yang disokong adalah Samsung Galaxy Note, Galaxy S2, Galaxy S3, Galaxy S4, HTC One, Galaxy Nexus, Nexus S, Nexus 7, Nexus 4 dan juga Nexus 10. Klien ini masih dilabelkan sebagai beta buat masa ini.

Nota: