Kini Semua Boleh Mula Menulis Di Platform Penerbitan “Medium”

Kini Semua Boleh Mula Menulis Di Platform Penerbitan “Medium”Medium sebelum ini telah ditawarkan dalam bentuk beta yang memerlukan pengguna untuk menerima emel jemputan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. Kini, selepas dalam fasa ujian untuk beberapa bulan, perkhidmatan tersebut dibuka kepada umum.

Medium merupakan salah satu platform penerbitan di web, dimana ia memfokuskan kepada kemudahan penulisan dan penerbitan. Sejak ia dalam fasa ujian, pelbagai artikel menarik telah diterbitkan pengguna melaluinya, selain pasukan Medium sendiri yang sering memilih beberapa artikel untuk diperlihatkan di halaman utamanya.

Untuk menggunakan Medium, pengguna hanya perlu mendaftarkan akaun percuma menggunakan akaun Twitter, selain mana untuk tujuan penulisan – ia hanya sekadar menyokong Chrome, Firefox dan Safari sahaja buat masa ini.

Medium sehingga kini telah sedia terkenal dengan penerbitan beberapa artikel berkualiti melaluinya. Mungkinkah dengan pengenalan umum ini ia memberikan kesan positif kepada penerbitan di Medium ataupun sebaliknya?

Nota: