Kini Anda Boleh Melawati Bulan Dan Marikh Terus Melalui Google Maps

Google Maps telah memudahkan kita melawati pelbagai lokasi di pelbagai negara dengan mudah terus melalui pelayar web. Kini, nampaknya mereka membawa perkhidmatan tersebut selangkah kehadapan dengan memperkenalkan lawatan maya ke Planet Marikh dan juga bulan.

Google Maps Bulan

Penawaran lawatan maya ini boleh dikatakan langkah awal Google dalam memudahkan pengguna untuk melayari dan mengetahui keadaan di planet lain di angkasa, disamping pada masa yang sama memupuk minat orang ramai dalam mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan angkasa.

Mungkin dengan tahun demi tahun, tidak mustahil untuk kita melihat pihak Google memperkenalkan sokongan Street View di luar bumi.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, anda boleh melawati bulan dan planet Marikh terus daripada pelayar web anda hari ini.

Nota: