INImajalah.com

Kemaskini BlackBerry 10.2 Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Di Malaysia

Bagi pengguna tempatan, seperti dijanjikan pihak BlackBerry, mereka telah mula memperkenalkan kemaskini BlackBerry 10.2 yang mana membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Kemaskini ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat mengikut syarikat telekomunikasi yang digunakan pengguna.

Melalui kemaskini BlackBerry 10.2, kini ia menyokong penggunaan kabel OTG, memperlihatkan notifikasi pada lockscreen, serta membolehkan pengguna membalas mesej BBM dari sebarang skrin dengan mudah. Fungsi lain termasuklah penambahan Priority Inbox pada BlackBerry Hub, dan beberapa fungsi lain.

Fail kemaskini dilihat sekitar lebih kurang 457MB, dan dinasihatkan menggunakan WiFi ketika proses memuat-naik untuk penjimatan data.

| INImajalah.com

| Komen: