INImajalah.com

Kemaskini Android 4.4 KitKat Mula Diperkenalkan Untuk Nexus 7 Dan Nexus 10

Bermula hari ini, pihak Google telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk pengguna Nexus 7 (2012 dan 2013), serta Nexus 10 melalui OTA.

Kemaskini ini ditujukan kepada versi WiFi terlebih dahulu untuk pengguna Nexus 7. Google turut mengatakan yang mana Nexus 4 dan juga Nexus 7 (versi 3G) akan mula menerima kemaskini Android 4.4 KitKat tidak lama lagi.

Daripada semakan kami, ia masih belum diperkenalkan kepada set kami, dan mungkin ia diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

| INImajalah.com

| Komen: