Keluarga Peranti Nexus Akan Terus Dikekalkan – Tidak Akan Ditamatkan

Salah satu perkara yang telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas adalah dimana Google akan menamatkan program Nexus, dan beralih kepada peranti dibawah program Android Silver. Bercakap mengenainya, pihak Google kini menerangkan yang mana keluarga Nexus akan terus kekal dan peranti Nexus baru akan hadir dengan pengenalan versi baru Android kelak.

Nexus 7

Untuk makluman, pihak Google hadir dengan program peranti Nexus, dalam usaha membolehkan pembangun hadir dengan aplikasi yang dioptimasikan untuk sistem operasi berkenaan, disamping memberikan idea kepada pengeluar dan pengguna berkenaan platform Android.

Melalui kenyataan rasmi daripada pihak Google ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana peranti Nexus akan terus hadir daripada Google, selain daripada program Android Silver yang turut dijangka akan diperkenalkan oleh Google.

Pihak Google tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan program Android Silver buat masa ini. Daripada desas-desus sebelum ini, program Android Silver dikatakan bakal membawa peranti daripada pelbagai pengeluar, dan akan menyertakan perubahan yang amat sedikit pada fungsi dan antaramuka, disamping turut menerima kemaskini perisian yang pantas – lebih kurang menyerupai Google Play Edition. Apa pun, peranti Google Play Edition hanya ditawarkan melalui Google Play Store sahaja buat masa ini, dan program Android Silver dilihat akan menawarkan peranti berkenaan dengan lebih meluas di seluruh dunia.

Nexus 5-21

Dengan komen daripada pihak Google ini, kita mungkin akan dapat melihat produk Nexus baru hadir pada tahun ini. Mengikut ura-ura, HTC dikatakan akan hadir dengan tablet Nexus, dan dijangka dilancarkan bersama-sama Android “L” kelak.

Nota: