Kebebasan kewangan: Tiga pengajaran tidak patut anda abaikan

Kebebasan kewangan: Tiga pengajaran tidak patut anda abaikan

Tulisan ini terhasil setelah saya membaca satu blog luar negara. Di dalamnya seorang lelaki berusia 46 tahun mengaku dia kini sangat kecewa dengan hidupnya kerana:

  1. Baru kini dia tahu isterinya telah menipunya sejak 10 tahun lalu (saya percaya lelaki ini maksudkan ialah isterinya berlaku curang).
  2. Anak-anaknya kini menganggap dan mengaku dirinya (lelaki itu) tidak bermakna apa-apa buat hidup mereka.

    Hanya foto hiasan.
    Hanya foto hiasan.
  3. Lelaki ini pernah sanggup tidak menghadiri majlis pengkebumian jenazah ayahnya semata-mata kerana memenuhi hasrat isterinya untuk satu hal lain.

Ada beberapa lagi yang dikesalkan lelaki ini, termasuk terpaksa mengabaikan impian peribadi. Namun katanya, kini masa sudah terlalu lewat.

Paling menyedihkan semuanya berlaku, menurut catatan blog itu, ialah kerana dia terlalu kuat berusaha bermati-matian untuk mencapai kemewahan hidup dan kebebasan kewangan (financial freedom). Banyak masa dihabiskan untuk itu.

Tanpa disedari, lelaki ini telah mengabaikan isteri dan anak-anak, malah ayahnya sendiri, semata-mata kerana ‘gila mengejar wang’ (kebebasan kewangan).

Moral cerita atau pengajaran daripada ini ialah walau segila mana sekali pun anda mengejar wang dan kebebasan kewangan, jangan sesekali lupa memberikan perhatian dan menunaikan hak kepada:

  1. Allah swt – Anda mungkin memperolehi banyak wang, tetapi jika lupa Allah, azabNya amatlah pedih hatta ketika di dunia lagi.
  2. Isteri, anak-anak dan ibu ayah – Setkan jadual agar sentiasa ada masa berkualiti untuk mereka sebelum mereka pula mengabaikan anda.
  3. Diri sendiri – Jangan lupa menjaga dan membelai diri sendiri, termasuk ke salon (jika perlu) dan melakukan riadah, setidak-tidaknya untuk kekalkan kemampuan seksual agar isteri tidak berlaku ‘khianat’ walaupun anda bergelar ‘individu merdeka kewangan”.

Tahap mana sekali pun kegilaan anda pada wang, jangan abaikan tiga pengajaran ini.

Saya mahu kembali ke blog berkenaan kalau-kalau lelaki itu membuat pos baru mengaku akan membunuh diri (anda jangan sampai ke tahap lelaki ini). – inimajalah.com

| INImajalah.com

| Komen: