Kakao Talk Mencabar Skype – Membawa Sokongan Panggilan Suara Untuk Pengguna Windows

Kakao Talk merupakan salah satu penyedia perkhidmatan permesejan pada peranti mudah-alih. Pada tahun lepas, mereka telah memperluaskan penawaran dengan memperkenalkan versi untuk pengguna Windows, namun ia hanya terhad kepada permesejan teks sahaja ketika itu.

Kini, melalui kemaskini yang dibawakan oleh KakaoTalk, mereka menambah sokongan panggilan suara ke perisian Windows mereka, membolehkan pengguna membuat panggilan percuma kepada individu ataupun secara berkumpulan.

Selain daripada sokongan panggilan suara, pihak KakaoTalk turut melengkapkan perisian Windows dengan sokongan untuk mengubah tema dan beberapa yang lain – sama seperti aplikasi pada Android dan iOS.

Bagi mereka yang aktif menggunakan Kakao Talk, dan ingin menggunakannya pada desktop, anda boleh memuat-turun KakaoTalk untuk Windows hari ini dan menggunakannya dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan KakaoTalk lain.

Selain versi Windows, KakaoTalk turut menawarkan versi Mac, tetapi masih terhad kepada beberapa fungsi sahaja buat masa ini.

Nota: