Kaca Mata Elektronik Daripada Samsung Mungkin Memfokuskan Pengguna Aktif Bersukan

Lanjutan daripada laporan mengatakan Samsung mungkin akan hadir dengan kaca mata pintar mereka tersendiri, kini beberapa info tambahan mengenainya diketahui daripada pendaftaran paten oleh pihak Samsung di Korea Selatan.

Kaca Mata Elektronik Daripada Samsung Mungkin Memfokuskan Pengguna Aktif Bersukan

Menurut WSJ, kaca mata ini akan lebih memfokuskan kepada mereka yang bersukan, dimana ia akan menyertakan earphone untuk memudahkan pengguna mendengar lagu ataupun untuk menerima panggilan telefon dan sebagainya.

Seperti kebanyakkan peranti pelengkap, kaca mata ini juga turut dikatakan akan dihubungkan ke telefon pintar pengguna. Kaca mata ini juga dikatakan akan memaparkan notifikasi untuk beberapa informasi yang dijalankan di telefon, memudahkan pengguna untuk mengawal beberapa perkara ketika tangan mereka terikat dengan perkara lain.

Samsung sebelum ini telah sedia hadir dengan jam tangan pintar mereka, dinamakan sebagai Galaxy Gear – dan ketika ia dilancarkan, ramai pembangun aplikasi menawarkan aplikasi khusus untuknya.

Selain daripada Samsung, pihak Google sendiri telah memulakan usaha Google Glass ini sejak daripada tahun lepas, dan dijangka akan menawarkannya secara komersial pada tahun hadapan.

| INImajalah.com

| Komen: