JellyNote – Menawarkan Pembelajaran Instrumen Muzik Melalui Web

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan pembelajaran atas talian, dan salah satu yang memfokuskan kepada pembelajaran instrumen muzik adalah JellyNote. Melaluinya, ia menyediakan not muzik, sekaligus memudahkan pengguna untuk mempelajari penggunaan beberapa instrumen melaluinya.

JellyNote – Menawarkan Pembelajaran Instrumen Muzik Melalui Web

Walaupun pelbagai not muzik ditawarkan secara percuma, namun untuk pembelajaran instrumen, ia memerlukan pengguna untuk melanggan akaun premium – dimana menawarkan pembelajaran untuk gitar, drum, piano dan sebagainya. Menariknya, untuk akaun percuma, beberapa lagu ditawarkan secara percuma untuk tujuan pembelajaran instrumen, namun terhad kepada sekitar lima enam lagu sahaja. Selain pembelajaran, sokongan latihan juga turut ditawarkan, dan memerlukan pengguna menghidupkan speaker dan mikrofon untuk tujuan tersebut.

Bagi pengguna yang berminat untuk mempelajari instrumen muzik, mungkin JellyNote dapat membantu anda hari ini.

Nota: