inimajalah, dherba, herba

Itinerari Ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500

Nota Editor: AirAsia baru saja mengumumkan mereka kini kembali terbang ke New Zealand. Tetapi laluan kali ini adalah ke Auckland, North Island yang akan bermula pada bulan Mach 2016 ini. Saya pasti ramai yang gembira kerana kini kita berpeluang travel ke New Zealand dengan harga tiket kapal terbang yang lebih rendah berbanding tiket kapal terbang premium.

Berikut perkongsian oleh Intan Asmira yang telah ke New Zealand pada tahun lalu (2015). Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk anda yang nak travel ke negara Kiwi yang kaya dengan keindahan alam semulajadi ini. Kia Ora!

percutian-ke-new-zealand-2

percutian-ke-new-zealand-3

percutian-ke-new-zealand-5

percutian-ke-new-zealand-13

Setelah berhempas pulas rancang, bincang, cancel, kurang ahli tambah ahli maka, FINALLY! 5 orang sekawan berjaya mengharungi perjalanan selama 13 hari di Melbourne (1 day) + South Island. Amin. Alhamdulillah.

Budget asal RM3000 tapi bertambah menjadi RM3,500/pax
(sila tengok budget guidlines di bawah). Flight ticket, kereta sewa, minyak kereta, groceries, hostel, motel, hotel, entrance fee, parking.

Sebab masa start booking ringgit masih okay, tiba-tiba merudum, maka budget pun bertambah. Harap maklum.

lazada

Budget guidelines per person:
1. Visa/ETA Aussie
RM20

2. Mega Taxi – airport transfer to Tune Hotel Melbourne return (MELBOURNE)
– RM26

3. Flight ticket : AAX KL-Melbourne-KL (Seat, luggage 20kg share, insurance)
Luggage yang share tu untuk makanan dari Malaysia, tak masuk yang sendirian berhad – RM950.60

4. Flight ticket : Jetstar Melbourne-Christchurch-Melbourne (Luggage, insurance) – RM619.55

5. Hotel/Motel/Holiday Park (Melbourne & South Island) – 13 malam
RM942.37

6. Kereta sewa (1.8ltr Nissan Sylphy 4dr sedan or similar) – RM225.10

7. Minyak kereta dan parking – RM225.00

8. Groceries shopping – RM200

9. Milford Sound cruise ticket – RM173.27

10. Gondola Skyline Queenstown + 2 Luge ride – RM129.95

TOTAL : RM3511.84

percutian-ke-new-zealand-4

percutian-ke-new-zealand-11

percutian-ke-new-zealand-6

percutian-ke-new-zealand-12

percutian-ke-new-zealand-14

Cebisan perkongsian tentang South Island dari kami:

1. Selamat. Kalau nak jalan-jalan sorang pun boleh. Ladies, pack your bag!

2. Sila patuhi had laju, masuk town wajib perlahankan had laju. 50kmj saja.

3. Bila dekat-dekat selekoh akan ada signboard road degrees, jadi aga-agak la nak drift ok?

4. TAKDAK TOL. BEBAS TOL.

5. Minyak depa guna RON91. Harga minyak ubah-ubah setiap hari dan tak sama harga untuk setiap jenama/stesen.

6. Cuaca tak menentu, boleh mendung, hujan, terang dalam masa 1 hari. Matahari terik sangat-sangat tapi sejuk sampai 10 darjah celcius. Confirm burn sebab dok tadah muka kat matahari bila sejuk.

7. Tkaran wang rendah, rendah dari Singapore. Tapi barang mahal. Souvenir memang mahal. Kalau di Melbourne 1 pack 6 ketul fridge magnet 10Aud tapi kat NZ seketul 3-4NZD

8. Susu murah! Satu botol besar 2-3Nzd lemak berkrim. Cuba minum Whittakers Chocolate Milk. Ya ampunnn. Sedap sungguh. Tapi mahal sikit.

9. Try Blue Bird potato chips! 3pcs 5Nzd. BUT just buy the vege flavour like onion, salted! Tim Tam pun banyak flavor!

10. Biri-biri di sepanjang jalan banyak gilaaaa. Setiap kali jumpa mesti excited. 13 hari guys jerit kat biri-biri.

Lihat: 26 Gambar Awesome Di New Zealand Oleh Fotografer Malaysia

percutian-ke-new-zealand-7

percutian-ke-new-zealand-8

percutian-ke-new-zealand-9

percutian-ke-new-zealand-10

11. Angin dia tak main-main. Masa kat Elephant Rocks angin tersangat kuat. Rasa macam nak terbang dah. Huahua. Kalau berat badan tu ringan, sila berhati-hati. Tudung pin ketat-ketat.

12. Please visit Tunnel Beach, Dunedin. Tempat ni sangat cantik, nangis kami masa sampai sini. Hebatnya kuasa Allah.

13. Kat sana kami masak. Pagi, tengah hari dan malam. Hari-hari makan nasik! Lauk hari-hari ayam! Ayam sambal, ayam kari, ayam masak lomak, ayam goreng, tomyam ayam! Thank you Brahim’s!

14. Ayam ada cop halal hanya Brink’s chicken certified by FIANZ. Boleh rujuk Brinks.co.nz

15. Kami selalu beli groceries kat Pak N Save atau Fresh Choice. Pukul 7.00 pagi dah buka dah.

16. Kami berada di sana dalam musim bunga, siang jadi panjang. Pukul 8.30 malam dok cerah lagi macam 6.00 petang.

17. Susah nak jumpa manusia, kebanyakkan penghuni South Island ni orang-orang yang dah berumur/tua.

18. Perjalanan seeloknya waktu siang, sebab malam kelam takdak lampu jalan dan susah nak selisih dengan kereta-kereta lain. Siang pun takdak kereta lalu lalang, apatah lagi malam.

19. Kebanyakkan mall kat sana pukul 6 dah tutup, kami ke mall sebab nak tukar duit. Tapi kecewa sebab 6 petang semua dah tutup, ahahah!

20. LESEN Malaysia boleh digunakan di sana, lesen yang baru tu tau, bukan lesen laminate tu, hehehe.

21. JANGAN TIDOQ! Enjoy the view

Nak cuba nasib cari kerja di New Zealand? Baca Perkongsian Pemuda Melayu Ini Bagaimana Beliau Travel Sambil Bekerja Di New Zealand

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram