iPhone 5S Dilaporkan Akan Dijual Bermula Harga RM2299

Apple bakal mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka melalui syarikat telekomunikasi utama di Malaysia bermula 31 Oktober kelak. Terkini, pihak MalaysianWireless berkongsi beberapa info berkenaan harga iPhone 5S dan juga iPhone 5C untuk pasaran tempatan.

Menurut MalaysianWireless, iPhone 5C dengan ruangan storan 16GB akan dijual pada harga RM1899, manakala iPhone 5S dengan storan serupa pula akan dijual pada harga RM2299.

Memandangkan perbezaan harga yang tidak begitu jauh, berkemungkinan kita akan dapat melihat ramai pengguna memilih iPhone 5S yang hadir dengan sokongan kamera, cip 64-bit dan juga TouchID – berbanding dengan iPhone 5C.

iPhone 5S Dilaporkan Akan Dijual Bermula Harga RM2299

Walaubagaimanapun, harga ini hanya laporan awal sahaja, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pada penghujung Oktober ini. Pelan daripada syarikat telekomunikasi juga dijangka akan diketahui tidak lama lagi.

Nota: