HTC Merancang Untuk Memperkenalkan Tablet Tidak Lama Lagi

HTC baru-baru ini telah memperkenalkan phablet daripada mereka, dinamakan sebagai HTC One Max, dan kini mengikut laporan Financial Times, pihak HTC dilihat ingin hadir dengan sebuah tablet tidak lama lagi.

Tablet bukanlah sesuatu yang baru untuk pihak HTC, dimana mereka pernah hadir dengan HTC Flyer beberapa tahun yang lepas. Namun, ia seperti kurang mendapat perhatian ramai dan boleh dikatakan agak kurang berjaya berbanding beberapa tablet lain di pasaran.

Selain daripada tablet, pihak HTC juga turut dikatakan akan memfokuskan kepada peranti pelengkap seperti jam tangan pintar dan sebagainya.

HTC walaupun boleh dikatakan agak lemah daripada memasarkan produk, namun produk yang dihasilkan mereka agak berkualiti dan membawakan rekaan yang unik dan menarik berbanding beberapa yang lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet dan peranti pelengkap lain daripada HTC akan diperkenalkan secara rasminya.

Nota: