HTC Ingin Membawa Android “L” Ke M8 Dan M7 Sepantas Yang Boleh

Selesai sahaja pengumuman Google berkaitan dengan versi baru Android, HTC dilihat mengambil langkah awal dengan mengumumkan komitmen untuknya. HTC mengatakan mereka akan membawa kemaskini Android “L” ke peranti mereka sepantas boleh.

HTC One M8

Menurut HTC, mereka akan mengemaskini peranti HTC One M8 dan juga HTC One M7 dalam tempoh kurang 90 hari selepas menerima perisian akhir daripada pihak Google. Peranti-peranti lain akan menerima kemaskini tersebut selepas tempoh tersebut secara berperingkat.

HTC turut mengatakan mereka akan mengemaskini semua peranti mereka untuk sehingga 2 tahun daripada tarikh pelancaran peranti mereka – yang mana semestinya salah satu perkara yang disukai oleh semua pengguna.

Buat masa ini, pihak Google hanya sekadar memperkenalkan Android “L” versi pembangun sahaja, dan versi akhir dijangka akan hadir dalam beberapa bulan lagi.

Nota: