INImajalah.com

HTC Dilaporkan Akan Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Pada Tahun Hadapan

Lanjutan daripada laporan semalam, hari ini Bloomberg pula melaporkan mengatakan pihak HTC akan hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri, yang mana turut dilengkapi dengan kamera dan menjalankan sistem operasi Android.

HTC dikatakan akan melancarkan jam tangan pintar tersebut pada pertengahan kedua 2014. Apakah spesifikasi dan fungsi penuh yang akan dibawakan mungkin akan diketahui dalam masa beberapa bulan lagi.

Selain jam tangan pintar, pihak HTC juga dikatakan akan hadir dengan tablet baru mereka pada tahun 2014 kelak.

Mungkinkah pihak HTC akan terus dapat mengukuhkan syarikat mereka pada tahun hadapan, disamping menarik lebih ramai pengguna menggunakan produk mereka?

| INImajalah.com

| Komen: