Honor Band Z1 Berharga RM259 Di Malaysia – Mula Dijual Minggu Hadapan

Pihak Huawei Malaysia hari ini telah mengemaskini halaman jualan VMall, dimana salah satu perkara yang disenaraikan baru adalah Honor Band Z1. Jam tangan pintar berjenama Honor ini akan mula dijual pada 19 Januari 2016 pada harga RM259.

Honor Band Z1 membawakan rekaan skrin bulat, menggunakan sistem operasi tersendiri. Pada penyeneraian Honor Band Z1, mereka mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri selama 14 hari, dan turut menawarkan sokongan pengecasan pantas.

Honor Band Z1

Menggunakan jam tangan pintar ini, ia menawarkan sokongan kalis air, boleh memantau gerakan langkah perjalanan pengguna, dan turut boleh mengukur kadar kualiti tidur seseorang ketika memakainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan emel untuk menerima notifikasi apabila produk berkenaan telah tersedia. Sebagai alternatif, anda juga boleh menandakan tarikh 19 Januari 2016 untuk membeli Honor Band Z1 pada harga RM259.

Nota: