inimajalah, dherba, herba

Hanya Di Jakarta Anda Boleh Lihat 9 Perkara Ini Sejurus Selepas Serangan Pengganas

Dalam serangan semalam di Jakarta, 14 Januari 2016, 7 orang terbunuh dengan 2 mangsa dan lagi 5 orang dipercayai merupakan anggota pengganas.

TONTON: Lunch Box Episod 1: Kisah Pemuda Korea Jatuh Cinta Dengan Gadis Indonesia

Tembakan dan letupan berlaku. Uniknya, rakyat Indonesia menunjukkan keberanian dengan mengemudi perhatian rakyat jauh daripada keganasan, walaupun secara tidak sengaja.

Seorang rakyat juga pelawak Indonesia, Reggy Hasibuan, menulis dalam Facebooknya:

How to respond to terror – Learn from Jakarta.

This is why I like being an Indonesian, were so used to challenges in life, pretty much nothing scares us anymore.

Sure yeah, today some people today lobbed some grenades and shot some rounds and sure yeah, 7 people died as a result.

Menurut Reggy, orang Indonesia sudah terlalu banyak menghadapi kesusahan dalam hidup. Sehinggakan hampir tiada apa menakutkan mereka lagi.

lazada

Walaupun 7 nyawa hilang daripada insiden ini, warga Jakarta amalkan 'jalan terus'.

1. Hanya di Indonesia, orang ramai mendekati 'Danger Zone' untuk menonton siaran langsung kejadian dengan lebih dekat.

pengganas-di-jakarta
Via 9 Gag
indonesia-berani
Via Reggy Hasibuan
indonesia-berani
Via Muhammad Ikhwan

2. Penjaja jalanan mendekati tempat kejadian untuk menjual rokok, gambar, makanan dan minuman.

3. Pakcik menjual sate tetap steady di warungnya, bagai tiada apa yang berlaku.

indonesia-berani
Via Reggy Hasibuan

Apabila ditanya oleh akhbar Kompas kenapa tidak lari, pakcik yang bernama Heni menjawab, "Apabila terdengar bom kedua dan orang ramai mula lari, saya bercadang untuk sama-sama berlari. Kemudian saya teringatkan satay-satay saya dan mengambil keputusan untuk kekal di sana."

4. Perkhidmatan pengangkutan seperti Gojek dan Uber Taxi memberi perkhidmatan percuma untuk evakuasi.

Malah, seorang pemandu gojek didapati menolong orang ramai berhampiran tapak serangan.

5. Pasaran saham jatuh (atau tutup) selama 2 jam, sebelum kembali seperti asal selepas itu.

indonesia-berani
Via Reggy Hasibuan

Mungkin pemain saham sibuk membaca berita sambil makan tengah hari.

6. Gegirl sibuk tengok pak polisi yang ganteng.

7. Atau beg sandang anggota polis yang stylo.

indonesia-berani
Via Herman Saksono

Debbie Nasta, berkata beg sandang Coach yang dipakai oleh anggota polis ini berharga USD $800.

8. Tanpa perasaan takut, orang ramai selfie di tapak serangan.

indonesia-berani
Via Herman Saksono

9. Bakat-bakat design Indonesia yang luar biasa.

indonesia-berani
Via Muhammad Ikhwan

Reggy Hasibuan berkata lagi, tindakan menyerang di tengah-tengah bandar Jakarta, pada hari yang cerah, berhampiran sebuah balai polis yang menempatkan 14 orang penembak tepat, adalah misi paling bodoh sekumpulan pengganas boleh lakukan.

We are not terrorized. We were just slightly surprised.., and entertained.

But thats probably what you get when youre doing a shoot out in the heart of Jakarta in broad daylight targeting fast food franchise near a police station only to have 14 snipers deployed immediately to the nearby surrounding skyscrapers. Most. Stupid. Suicide. Mission. Ever.

Sambil menambah, skuad bomb tiba lewat dua jam kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

On a lighter note the bomb squad arrived two hours late cuz they got stuck in traffic.

Now that sounds like Jakarta.

Ya, dan itu, Jakarta yang kita kenali.

Indonesia berani.

BACA: Fotografer Rakam Kehidupan Suram Dan Kehancuran Di Sebalik Jerebu Di Kalimantan Tengah, Indonesia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram