Google Voice Search Pada Android Kini Membawakan Sokongan Lebih Dari Satu Bahasa

Google Voice Search merupakan salah satu fungsi carian berasaskan suara yang terdapat pada peranti Android, membolehkan pengguna untuk membuat carian dengan mudah tanpa perlu menaip – sekaligus sesuai untuk beberapa tujuan.

Sebelum ini, Google Voice Search hanya menyokong satu bahasa sahaja pada sesuatu masa, tetapi kini ia berubah apabila menyertakan sokongan untuk multi-bahasa.

Pengguna boleh mengakses halaman tetapan, dan memilih lebih dari satu bahasa untuk digunakan ketika membuat carian suara.

Dari segi penggunaan, ia memudahkan anda membuat carian berasaskan suara mengikut bahasa yang disukai anda, tanpa perlu melalui halaman tetapan untuk mengubah satu demi satu seperti sebelumnya. Sebagai contoh, anda boleh membuat carian menggunakan bahasa Inggeris, dan seterusnya menghantar mesej menggunakan bahasa Malaysia – tanpa perlu mengubah sebarang tetapan.

Google Voice Search

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mengemaskini Google Voice Search hari ini, dan mencubanya sendiri.

Nota: