“Google Play Newsstand” Bakal Membawakan Sokongan Langganan Akhbar Digital?

Pihak Google sedia menawarkan beberapa kandungan digital melalui Google Play, dan kini kelihatan selain daripada buku dan majalah, mereka juga bakal menyertakan sokongan langganan akhbar melalui Google Play.

Perkara ini ditemui melalui beberapa kod yang hadir pada APK Google Play Store 4.4, dan ditemui oleh pihak AndroidPolice.

Mengikut apa yang dispekulasikan, Play Newsstand ini kelak mungkin akan diintegrasikan sama dengan Play Magazines, membuatkan langganan majalah dan juga akhbar dilakukan secara mudah melaluinya. Ia dilihat akses offline turut akan disediakan melalui aplikasi berkenaan.

Walaubagaimanapun, sekiranya perkara ini benar dan dilancarkan oleh pihak Google, ia tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia.

Buat masa ini, di Malaysia, selain daripada tawaran aplikasi, pihak Google menawarkan Google Play Books sahaja. Mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan kepada beberapa kandungan digital yang lain tidak lama lagi.

Nota: