Google Now Hadir Ke Pelayar Web Chrome Beta

Pada bulan lepas, kita sedia melihat fungsi Google Now hadir ke Chrome Canary dan Chrome OS. Hari ini, pihak Google membawanya selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Google Now pada pelayar web Chrome Beta mereka.

Google Now - Chrome Beta

Melalui fungsi Google Now, ia membolehkan beberapa info berkaitan pengguna diperlihatkan, termasuk cuaca semasa, masa yang diambil ke sesuatu lokasi, jadual Google Calendar, tarikh lahir kawan, dan pelbagai info lain – termasuk skor semasa sukan.

Dengan membawa notifikasi Google Now ke desktop, ia sekaligus membolehkan pengguna tidak terlepas sebarang kemaskini, dan mengetahui masa yang sesuai untuk keluar dan sebagainya.

Buat masa ini ia ditawarkan melalui Chrome Beta, dan mungkin tidak lama lagi akan turut hadir untuk saluran stabil.

Nota: