Google Menubuhkan Bahagian Khusus Untuk Teknologi Dan Pembangunan Berkaitan Realiti-Maya

Pada tahun ini, kita menyaksikan beberapa syarikat hadir dengan produk realiti-maya mereka, dan terkini, ia dilaporkan pihak Google telah menubuhkan sebuah bahagian khusus untuk realiti-maya ini.

Google Cardboard 500K

Arena realiti-maya sendiri bukan sesuatu yang asing untuk pihak Google. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan Google Cardboard dalam usaha membolehkan ramai pengguna seluruh dunia mendapat idea bagaimana realiti-maya berfungsi. Mereka juga telah mengaktifkan sokongan video 360-darjah pada YouTube.

Dengan fokus penuh dalam arena realiti-maya ini, kita mungkin akan dapat lihat lebih banyak inovasi baru daripada Google, selain turut memudahkan pengguna menikmati kandungan realiti-maya dengan mudah.

Google masih tidak berkongsi lanjut mengenai misi mereka berkaitan realiti-maya buat masa ini.

Nota: