Google Menerbitkan Aplikasi Android Untuk Chrome OS

Google telah menunaikan janji yang dibuatnya pada Google I/O dengan menerbitkan kelompok pertama aplikasi Android untuk Chrome OS.

samsung chromebook 2-1-578-80

Kini pengguna Chromebook boleh memuat turun aplikasi Android dan menjalankannya pada laptop tersebut.

samsung chromebook 2-1-578-80

Google Menerbitkan Aplikasi Android Untuk Chrome OS

Kini pengguna peranti Chrome OS dapat menjalankan aplikasi Android pada peranti mereka setelah Google menerbitkan kelompok pertama aplikasi Android untuk OS tersebut. Antara apikasi pertama yang diterbitkan ialah Evernote, Duolingo, Slight dan Vine.

Pasukan Google Chrome berkata 4 aplikasi ini hanyalah permulaan kepada Project Runtime yang diumumkan pada Google I/O tidak lama dahulu. Dalam bulan-bulan akan datang pengguna akan dapat melihat lebih banyak aplikasi Android diterbitkan memandangkan Google sedang bekerjasama rapat dengan pembangun aplikasi peranti mudahalih.

Sehubungan dengan itu, Google juga mengadakan tinjauan kepada penggunanya tentang aplikasi bagaimana yang pengguna mahu lihat pada Chrome OS. Anda boleh ke laman web Google untuk menyatakan pendapat anda.

Kebelakangan ini didapati Google Chromebook telah mencapai kematangannya dan kita telah melihat beberapa model Chromebook dikeluarkan dengan cip lebih berkuasa dan efisyen tenaga seperti Acer C720 yang menggunakan cip Core i3 dan Acer Chromebook 13 yang dilengkapi Nvidia Tegra K1.

Kini setelah bahagian perkakasan telah dibangunkan, masa untuk bahagian aplikasi untuk memperlihatkan kemajuan. Setakat ini, aplikasi Chrome OS hanya terbatas kepada beberapa aplikasi web pihak pertama yang berguna, manakala kebanyakan yang lain dipenuhi adware dan ia juga kekurangan perisian pengeditan imej yang berkuasa.

Dijangka dengan penerbitan aplikasi Android untuk Chrome OS, dapat mengisi kekosonga aplikasi bagi pengguna Chromebook sekaligus menambahkan kepelbagaian fungsi bagi Chromebook bernilai jutaan ringgit yang diperuntukkan kerajaan untuk memberi laptop kepada pelajar sekolah di seluruh negara di bawah projek 1Bestarinet.

The post Google Menerbitkan Aplikasi Android Untuk Chrome OS appeared first on TechKini.com.

Nota: