Google Membawa Lebih Banyak Notifikasi Android Ke Chromebook – Termasuk Panggilan Dan SMS

Selain daripada Android, pihak Google hari ini turut menyentuh berkenaan dengan Chromebook – iaitu komputer riba yang menjalankan sistem operasi Chrome OS sepenuhnya. Untuk makluman, di Malaysia, kebanyakkan sekolah telah menawarkan komputer riba Chromebook kepada pelajar untuk bantuan dalam pembelajaran.

Google Chromebook

Di Chromebook, pihak Google sedia menawarkan notifikasi seumpama Google Now, memperlihatkan beberapa perkara seperti informasi mengenai navigasi, kalendar dan sebagainya. Hari ini, di Google I/O pihak Google membawanya selangkah ke hadapan, dengan turut memaparkan notifikasi dari panggilan, SMS, dan juga beberapa notifikasi lain daripada Android.

Google Chromebook

Google Chromebook

Disamping itu, pihak Google turut memperlihatkan sokongan Personal Unlocking untuk Chromebook, dimana peranti boleh diakses tanpa memasukkan kata laluan sekiranya peranti anda yang lain – seperti telefon berada berdekatan dengan Chromebook.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada sokongan sama akan hadir untuk pengguna pelayar web Chrome ataupun sebaliknya.

Nota: