Google Maps Kini Boleh Meneka Anda Ingin Memandu Ke Mana

Google sejak daripada tahun lepas telah mula mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin pada beberapa perkhidmatan mereka. Terkini, sebahagian daripadanya turut diintegrasikan pada Google Maps baru untuk Android.

Melalui versi baru Google Maps, kini pihak Google menyertakan sebuah mod baru dinamakan Driving Mode – dan sebuah ikon khusus disediakan untuk akses pantas ke Driving Mode di Google Maps.

Google Maps

Sebaik sahaja membuka Driving Mode, Google akan mencadangkan secara automatik tempat yang anda mungkin ingin tuju berdasarkan kepada data-data anda pada Google Maps – termasuk data temujanji pada Google Calendar, sejarah lokasi yang pernah dituju, dan beberapa data berkaitan yang lain.

Daripada percubaan kami sendiri, Google Maps Driving Mode mencadangkan beberapa lokasi yang mungkin dituju kami berdasarkan kepada lokasi semasa dan juga masa pada sesuatu hari. Tekaan yang dilakukan oleh Google Maps juga agak tepat – tetapi ia hanya berjalan lancar sekiranya anda mempunyai bentuk perjalanan yang selari hampir setiap hari.

Apa pun, ia boleh dilihat yang mana kaedah ini merupakan sesuatu yang baik daripada Google – memudahkan pengguna ketika memandu, dan tidak perlu membuat input secara manual seperti kebiasaan.

Google Maps

Nota: