Gomurah.com: Portal untuk pemborong jual produk di internet

Jika anda mencari satu portal khas untuk pemborong menjual produk di internet, Gomurah.com adalah satu daripadanya. Portal ini direka khusus untuk membolehkan mereka yang terbabit dengan perniagaan internet mempamerkan produk masing-masing.

Portal ini juga membolehkan pemborong dan peniaga online mengurus kedai online mereka sendiri secara mudah dan tersusun serta selesa.

Sehingga ini sudah ada lebih 500 pemborong yang mempamerkan produk, termasuk fesyen, permainan dan hiasan rumah di Gomurah.com.gomurah2.jpg

 

Di Gomurah.com, pemborong dapat mengawal produk sendiri dan jualan mereka. Ini sesuai dengan trend semasa apabila aktiviti membeli-belah dalam talian kini semakin meningkat.

Antara yang boleh diharapkan daripada laman ini ialah kemungkinan pemborong menerima pembelian secara pukal daripada pengguna.

Justeru, jika ada pemborong yang tercari-cari portal khusus untuk menjual produk di internet, Gomurah.com adalah satu daripada yang patut anda sertai. Ia percuma. – inimajalah.com

Nota: