Gambar Prototaip Telefon Pintar Amazon Tertiris Ke Arena Web

Beberapa desas-desus sebelum ini telah mengatakan Amazon akan melancarkan telefon pintar mereka dalam masa beberapa bulan lagi. Terkini, hadir sebuah gambar tertiris ke arena web, dikatakan sebagai prototaip untuk telefon pintar Amazon yang bakal diperkenalkan.

Amazon Phone

Ia dikatakan Amazon menyediakan dua variasi telefon pintar, iaitu berspesifikasi tinggi dan rendah. Untuk versi berspesifikasi tinggi, ia akan menyertakan empat-sensor hadapan dengan sokongan infrared untuk mengesan kedudukan mata pengguna – sekaligus memberikan kesan seumpama 3D pada elemen antaramuka.

Peranti ini juga bakal menyertakan pelbagai perisian dan aplikasi yang dioptimasikan untuknya. Sebagai contoh, Amazon Store dikatakan akan menyertakan gambar dalam paparan 3D yang membolehkan pengguna melihat sesuatu produk daripada pelbagai sudut.

Dari segi spesifikasi, ia mungkin akan menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon, memori 2GB RAM serta kamera belakang 13-megapixel.

Selain daripada peranti berspesifikasi tinggi, Amazon turut dikatakan akan hadir dengan variasi spesifikasi rendah yang tidak menyertakan sokongan 3D.

Amazon dikatakan akan memperkenalkan ia dalam masa dua tiga bulan lagi, dan akan hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat untuk permulaan.

Nota: