Gadis ini mempunyai kekayaan RM15 juta jual produk di Internet

Tidak semua orang ditakdirkan berjaya atau muncul kaya hatta berstatus jutawan. Namun, jika anda melakukannya mengikut cara yang betul dan tepat dengan masa dan keadaan, anda juga mungkin akan berjaya.

Segalanya tidak mustahil. Juliette Brindak, seorang daripada yang berjaya meraih keberhasilan di Internet, mengumpul kekayaan RM1 juta pertama ketika berusia 19 tahun.

Pada 2010, syarikat yang diasaskannya dilapor dianggarkan bernilai RM15 juta ketika usianya baru 19 tahun.

Gadis cantik kecil molek dari Old Greenwich, Connecticut, Amerika Syarikat ini adalah pengasas syarikat MissOandFriends.com.

Kisah kejayaannya dapat diikuti di pelbagai web popular dunia seperti Forbes.com dan Businessinsider.com.

Beliau sebenarnya sudah bermula seawal usia 10 tahun. Gadis ini memulakannya dengan melukis kartun pada 2005.

Apakah tip bermanfaat dari gadis jutawan ini yang boleh dikongsi oleh golongan usahawan? Katanya:

“Dapatkan kumpulan sokongan yang benar-benar percaya pada idea anda.

“Jika ada seseorang yang mula meragui syarikat atau apa yang anda lakukan, abaikan orang atau kumpulan ini.”

Juliette Brindak, jutawan muda, kaya, berniaga dari rumah
Juliette Brindak di pejabatnya di rumah. Imej dari Greenwichtime.com

Kini beliau meneruskan usahaniaga itu bersama ayah, Paul Brindak; ibu, Hermine Brindak dan adiknya, Olivia Brindak.

Semua operasi dilakukan dari rumah mereka (foto). Lebih banyak foto dan maklumat lain boleh dibaca di sini. – inimajalah.com

Nota: