Fungsi iOS Pada Kereta Diperlihatkan Pembangun Melalui Simulasi iOS Di Mac

Minggu lepas, kita dapat lihat beberapa antaramuka awal tertiris memperlihatkan sokongan iOS pada kenderaan. Hari ini, salah seorang pembangun turut sama memperlihatkan fungsinya dengan lebih dekat dengan merakamkan sebuah video menggunakan pelagak (emulator) yang dijalankan pada Mac.\

ios-in-the-car-map

Mengikut apa yang dipertontonkan, pengguna dilihat boleh mengawal ia dengan mudah sama ada melalui input suara ataupun dengan menggunakan peranti iOS mereka yang lain. Seperti biasa, pengguna boleh membuat carian lokasi, melihat destinasi yang telah dikungjungi dan beberapa informasi lain termasuk trafik.

Fungsi ini diperlihatkan menggunakan kod daripada iOS 7.0.3, dimana pada masa yang sama seorang lagi pembangun berkongsi paparan iOS 7.1 yang dilihat membawakan sedikit perbezaan antaramuka berbanding yang dipertontonkan pada video.

iOS pada kereta ini dijangka akan diperkenalkan pada beberapa kenderaan baru pada tahun ini, dimana Apple sedia bekerjasama dengan beberapa nama besar, termasuk Mercedes-Benz, Toyota, BMW dan sebagainya.

Nota: