Fanpage banglo misteri Villa Nabila tarik lebih 40 ribu peminat

Fanpage yang diwujudkan khusus mengenai misteri banglo tinggal dikenali Villa Nabila yang dikatakan berhantu terletak di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, Johor, kini berjaya menarik lebih 40 ribu peminat.

Fanpage berkenaan dikenali sebagai Misteri Villa Nabila di Johor Bahru yang boleh diakses di sini.

Ketika artikel ini ditulis, jumlah peminat di fanpage berkenaan ialah 41,781.

Imej dari Facebook.com/pages/Misteri-Villa-Nabila-di-Johor-Bahru
Imej dari Facebook.com/pages/Misteri-Villa-Nabila-di-Johor-Bahru

Inimajalah.com yang memantau perkembangan fanpage berkenaan mendapati jumlah peminat bertambah dengan cepat sejak berita kehilangan sekumpulan remaja yang didakwa disembunyikan oleh makhluk halus di dalam villa berkenaan sejak Sabtu lalu.

Di laman sosial FacebookTwitter dan pelbagai blog, komuniti online memberi tumpuan kepada misteri kumpulan 23 remaja yang dipercayai disembunyikan makhluk halus di villa itu sejak Sabtu lalu.

Polis bagaimanapun yang bersama pasukan mencari, termasuk  Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, hari ini mengesahkan hanya seorang remaja dilapor hilang di situ sejak Sabtu lalu, bukan 23 seperti diuar-uarkan di Internet.

Di Facebook, ada dakwaan terbaru mengatakan remaja yang hilang itu tidak berseorangan, tetapi pergi ke villa terbabit secara berkumpulan.

Semua berjaya keluar dari banglo itu, kecuali hingga kini seorang daripadanya belum menemui jalan keluar. Hanya kedengaran suara meminta tolong.

Fanpage Misteri Villa Nabila di Johor Bahru juga memuatkan satu gambar yang didakwa sekumpulan remaja yang berjaya keluar dari villa itu. Fanpage berkenaan mendakwa remaja berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah dirasuk ketika keluar dari villa itu. – inimajalah.com

ARTIKEL PENUH MENYUSUL

| INImajalah.com

| Komen: