INImajalah.com

DiGi Mengumumkan Kerjasama Dengan CIMB Dalam Menawarkan “Plug n Pay”

CIMB pada awal minggu ini telah memperkenalkan peranti pembayaran kad kredit mudah-alih mereka, dinamakan Plug n Pay. Kini, syarikat telekomunikasi tempatan DiGi mengambil peluang dengan mengumumkan kerjasama dengan pihak CIMB dalam menawarkan Plug n Pay ini.

Melalui kerjasama ini, pihak DiGi akan menawarkan peranti EMV Plug n Pay, dan juga sebuah telefon pintar HTC Desire 200 pada harga RM715. DiGi juga menyediakan pelan langganan data pada harga bermula RM20 untuk pelanggan korporat mereka yang mendapatkan pakej ini.

Jikalau dibandingkan, sekiranya dibeli secara berasingan, EMV Plug n Pay berharga RM250, sementara Desire 200 berharga sebanyak RM499 di Malaysia. Sekiranya pengguna sedia ada mempunyai peranti pintar sendiri, mereka boleh mendapatkan Plug n Pay di CIMB dan menjimatkan kos perbelanjaan mereka dalam memulakan perniagaan yang menerima kad kredit dalam urusan jualbeli mereka.

| INImajalah.com

| Komen: