Di Malaysia, perlukah perasuah ditembak?

Pelbagai cara digunakan oleh kerajaan di serata dunia untuk mengatasi masalah rasuah. Di China, perasuah dihukum tembak mati di khalayak ramai dan dipertontonkan di kaca televisyen secara berulang-ulang selama beberapa bulan.

Kerajaan negara itu juga menyita harta perasuah. Malah, beberapa organ penting perasuah yang dihukum mati seperti mata, hati, jantung dan buah pinggang diambil dan didermakan kepada rakyat yang memerlukan.

Menurut laporan, jenazah setiap perasuah yang sudah dihukum tembak di negara itu diserahkan kepada keluarganya tanpa kelima-lima organ berkenaan.

rasuah, tembak, china
Imej dari Dairishare.blogspot.com

Ternyata, hukuman tembak ke atas perasuah berjaya menakutkan rakyatnya daripada mengamalkan perbuatan keji itu.

Kesannya, China berjaya bangkit mengukuhkan ekonomi negara dan rakyatnya, sekali gus muncul ekonomi terkuat di Asia.

Malah, kekuatan ekonominya kini semakin membimbangkan kuasa ekonomi dunia Amerika Syarikat.

Setakat ini, dilaporkan negara dengan 1.2 bilion penduduk itu berjaya “menamatkan riwayat” ratusan perasuah yang disabitkan kesalahan berkenaan.

Persoalannnya, wajarkan kerajaan Malaysia turut mengamalkan hukuman sama dengan menghukum tembak mati semua perasuah?

Sehingga ini, apa juga tindakan dan undang-undang nampaknya tidak menakutkan rakyat negara ini. Sekadar menaikkan gaji dan mengenakan peraturan tertentu, rasuah tetap berleluasa.

Jadi, di Malaysia, perlukah perasuah ditembak mati? – inimajalah.com

Nota: