CIMB Hadir Dengan Tawaran Seumpama Square – Dinamakan “Plug n Pay”

CIMB sedia hadir dengan beberapa perkhidmatan bersesuaian dengan era teknologi pada masa kini. Selepas memperkenalkan CIMB Kwik sebelum ini, hari ini penyedia perkhidmatan perbankan tersebut hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai “Plug n Pay”.

CIMB Hadir Dengan Tawaran Seumpama Square – Dinamakan “Plug n Pay”

Plug n Pay menawarkan kemudahan untuk para peniaga tempatan untuk menerima pembayaran melalui kad kredit dengan mudah. Ia menawarkan sebuah peranti khas, yang mana kemudiannya dihubungkan terus telefon pintar (berasaskan Android dan iOS), seterusnya membolehkan penjual menerima pembayaran daripada pembeli dengan mudah dan pantas.

Pengenalan Plug n Pay ini juga dijangka akan mempertingkatkan lagi transaksi tanpa wang, disamping memudahkan peniaga kecil-kecilan untuk menerima kad kredit untuk urusan jual beli.

Peranti CIMB “Plug n Pay” ini dijual pada harga RM250 dan boleh menerima pembayaran daripada sebarang kad MasterCard dan juga Visa.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi khas untuk Android dan juga iOS, kemudiannya menghubungkan peranti Plug n pay ini ke peranti mereka. Penjual yang berminat, perlu mendaftarkan diri dan perniagaan mereka di bank CIMB terdekat terlebih dahulu, dan mendapatkan peranti Plug n Pay ini melaluinya.

Nota: