Cara-Cara Untuk Menghilangkan Bau Durian

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Cara-Cara Untuk Menghilangkan Bau Durian | Durian sekarang tidak mengira musim, dimana mana pun mesti ada jual durian. Kalau siapa siapa yang mengidam nak makan durian, boleh lah pergi cari sekarang, senang je nak cari durian ni. Kalau dah beli tu letak dalam kereta mesti berbau, nak tahu cara-cara untuk menghilangkan bau durian jom baca info di bawah :

Cara murah dan mudah untuk kita menghilangkan bau durian di dalam kereta adalah mengikut petua orang-orang tua seperti di bawah. Anda boleh cuba dulu, tapi bau itu memang tak akan hilang dengan serta-merta.

1. Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian.

2. Cuba letak separuh buah nenas yang telah dipotong. Bau durian itu akan diserap oleh nenas.

3. Cuba letak daun pandan, terus hilang bau.

4. Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam, bau durian akan hilang.

5. Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian. Arang akan menyerap kesemua bauan tersebut.

6. Serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) juga boleh menyerap bauan tak sedap. Bungkus serbuk kopi dalam kain atau masukkan dalam bekas kemudian letak di dalam kereta.

7. Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Bau durian itu juga akan hilang diserap.

8. Letakkan bekas cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bau tersebut.

9. Masukkan semua durian dalam bungkusan beg plastik dua atau tiga lapis kemudian ikat ketat-ketat sebelum letak di dalam bonet keret. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan pasang pendingin hawa. Biarkan udara memasuki kereta anda itu.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Wow! Basikal Berkuasa Jet Yang Terpantas Didunia

Cara-Cara Untuk Menghilangkan Bau Durian
Beki Mustaffa

Nota: