Canonical Menamatkan Perkhidmatan Storan Awan – Ubuntu One

Dengan persaingan di arena storan awan yang semakin sengit akhir-akhir ini, ia dilihat kini Canonical mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan mereka, Ubuntu One. Pengumuman mengejut ini dilakukan oleh Canonical hari ini, dimana sokongan sync akan ditamatkan pada 1 Jun, dan diikuti perkhidmatan tersebut sepenuhnya pada 31 Julai.

Ubuntu One

Ubuntu One telah diperkenalkan oleh Canonical sebagai perkhidmatan freemium, dimana pengguna boleh membeli ruangan storan tambahan sekiranya tidak memadai dengan storan percuma.

Apa pun, dengan lebih ramai yang kini menawarkan ruangan storan percuma sehingga 50GB, ia dilihat Canonical agak sukar bersaing. Antara nama besar dalam arena storan awan adalah termasuk Dropbox, Microsoft OneDrive, Box, dan juga Google Drive.

Pihak Canonical mengatakan ia agak sukar untuk mereka bersaing dalam arena tersebut memandangkan ia memerlukan pelaburan yang agak tinggi.

Apa pun, mengekalkan konsep sumber terbuka mereka, pihak Canonical akan mengeluarkan kod sumber untuk Ubuntu One kepada umum, membolehkan sesiapa yang berminat untuk melihatnya dan menggunakannya.

Nota: