BitTorrent Sync 1.4 Hadir Dengan Sokongan Perkongsian Yang Lebih Baik

Pihak BitTorrent telah sedia memperluaskan penggunaan teknologi mereka melalui beberapa perisian, dan salah satunya adalah BitTorrent Sync. Terkini, BitTorrent Sync 1.4 diperkenalkan, yang mana turut hadir dengan ciri-ciri perkongsian fail yang lebih baik berbanding sebelumnya.

BitTorrent Sync

Terlebih dahulu, untuk mereka yang tidak mengenai BitTorrent Sync, ia merupakan salah satu perisian yang memudahkan anda berkongsi fail anda bersama-sama pengguna lain dengan mudah. Pada hari ini terdapat beberapa alternatif seperti menggunakan Dropbox, Google Drive dan lain-lain. Berbeza dengannya, BitTorrent Sync menggunakan sokongan P2P, sekaligus membuatkan fail anda tidak perlu dimuat-naik ke pelayan terlebih dahulu untuk perkongsian, sebaliknya dihantar terus ke pengguna yang ingin dikongsikan. Disamping itu, BitTorrent Sync juga boleh digunakan tanpa keperluan untuk mendaftarkan akaun.

Sebaik sahaja anda memuat-turun BitTorrent Sync, anda terus boleh menjalankannya dan menambah folder atau fail yang ingin dikongsikan. Apa pun, hendaklah diambil perhatian yang mana komputer anda hendaklah turut beroperasi ketika proses perkongsian ini berlaku.

Melalui kemaskini BitTorrent Sync 1.4, ia menyertakan kemudahan untuk membuat pautan perkongsian, dan menghantar ia kepada rakan-rakan anda melalui laman sosial ataupun menggunakan emel. Pengguna turut boleh menetapkan berapa lama sesuatu pautan boleh diakses dan berapa lama ia boleh aktif. Kemaskini ini boleh dikatakan sesuatu yang dinantikan ramai, terutamanya mereka yang aktif menggunakan BitTorrent Sync pada komputer mereka. Kemaskini BitTorrent Sync 1.4 ini sedia dimuat-turun oleh pengguna Windows, Mac dan Linux hari ini.

Muat-Turun BitTorrent Sync

Nota: