INImajalah.com

BBM Untuk iPhone Dan Android Sedia Untuk Dimuat-Turun

Lanjutan daripada pengumuman rasmi pihak Blackberry, kini dilihat yang mana aplikasi permesejan popular BlackBerry Messenger (BBM) telah pun diterbitkan kepada semua pengguna peranti Android dan juga iPhone seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, ia tidak boleh digunakan terus, sebaliknya pengguna perlu mendaftarkan alamat emel dan akses akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna. Perkara ini mungkin supaya pihak BlackBerry dapat mengoptimasikan pelayan mereka untuk menampung jumlah pengguna yang ramai.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya dan mendaftarkan diri hari ini – dan mungkin anda akan berhubung dengan rakan-rakan lain menggunakan BBM tidak lama lagi.

Muat-Turun BBM untuk iPhone

| INImajalah.com

| Komen: