BBM Untuk Android Dan iPhone Dimuat-Turun Lebih 10 Juta Kali Dalam Masa 24 Jam Pertama

Walaupun jenama BlackBerry dilihat semakin merudum, namun nampaknya perkhidmatan permesejan mereka masih mampu menarik ramai pengguna untuk menggunakannya. Mengikut data yang dikeluarkan pihak BlackBerry, dalam masa 24 jam pertama, aplikasi BBM untuk Android dan iPhone telah dimuat-turun lebih 10 juta kali.

Perkara ini turut membuatkan BBM hadir sebagai aplikasi iOS nombor satu dimuat-turun di lebih 75 buah negara untuk 24 jam yang lepas.

Seperti semua sedia maklum, BBM hanya eksklusif untuk pengguna BlackBerry sebelum ini, dan kini ia dilihat pihak BlackBerry turut menawarkan pengguna Android dan iPhone menggunakan perkhidmatan permesejan tersebut.

Walaubagaimanapun, fungsi yang ditawarkan masih lagi terhad, dan pihak BlackBerry mengatakan fungsi BBM Video, BBM Voice dan BBM Channels akan hadir ke Android dan iPhone pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi BBM pada peranti Android dan iPhone anda, dan mula menggunakannya untuk berhubung dan bersembang dengan rakan-rakan anda yang lain.

Muat-Turun BBM untuk iPhone

Nota: