Bagaimana menjadi jutawan pada usia muda cara Cameron Johnson

Bagaimana menjadi jutawan pada usia muda cara Cameron Johnson

Ada banyak cara untuk meraih kekayaan dan menjadi jutawan. Malah, jika anda tahu bagaimana cara yang betul untuk mencapainya dan berusaha sehabis daya, tidak mustahil anda mampu muncul sebagai jutawan pada usia muda.

Satu daripada caranya ialah dengan meraih pendapatan menerusi Internet. Bagaimana caranya?

Cameron Johnson, seperti pernah dilaporkan oleh Forbes.com pada 2008, meraih RM1 juta pertama ketika usia remaja, iaitu sebelum tamat sekolah tinggi.cameron

Bagaimanakah beliau melakukannya? Di antara 1998 dan 2004, anak muda ini menghasilkan lebih satu dozen laman web. (Ulang: lebih satu dozen laman web!).

Dengan laman web itu beliau meraih pendapatan di Internet.

Malah lebih awal daripada itu, seawal usia 9 tahun, Cameron sudah mengusahakan perniagaan dari rumah (home base business). Ketika itu, beliau menghasilkan kad ucapan.

Apakah nasihat berguna beliau yang boleh dimanfaatkan oleh golongan usahawan seperti pernah dilaporkan? Katanya:

“Mulakan sekarang! Buatlah sesuatu, mulakan dengan kecil-kecil dahulu. Semakin kecil kos permulaan anda, semakin mudah untuk anda mencipta keuntungan.

“Ciptakan sesuatu yang bernilai untuk orang lain, dan anda akan meraih keberuntungan daripadanya,”

Info mengenai Cameron boleh dibaca di sini – inimajalah.com

Nota: